Sekreatif mana saya melukis dan menggrafik, saya bukanlah penulis yang kreatif, namun ada perkongsian ringkas yang ingin saya sampaikan berkenaan pentingnya peranan seorang wanita.
![]() |
| Grafik dan ilustrasi oleh saya sendiri. Lawati laman komik saya di sini. Lawati laman grafik saya di sini. |
Dengan ini saya mulakan dengan memetik mutiara kata daripada Eleaner Roosevelt:
"A woman is like a tea bag. You can't tell how strong she is until you put her in hot water."
Sudah hampir 22 tahun saya menjalani pengembaraan hidup saya di dunia ini bersama pelbagai jenis manusia yang beraneka ragam dan karenahnya. Ragam dan kerenah mereka inilah hasil daripada hitam putih masa lalu mereka. Dalam kesuntukan masa saya menulis di sini, saya yakin kita semua faham bahawa ibu kita memainkan peranan yang terbesar bagi membentuk asas terawal dalam kehidupan kita. Maka sempena Hari Wanita Sedunia ini, saya ingin tuliskan kisah tentang peranan seorang insan bernama ibu.
